Markas Pemerintahan Pengangkutan Amerika Syarikaf | |
---|---|
Aktif | 1987–kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Markas Medan Fungsional |
Peranan | Menyediakan pengangkutan udara, darat, dan laut bagi Jabatan Pertahanan AS pada masa aman dan masa perang. Ia menggerakkan manusia dan harta benda di seluruh dunia.[1] |
Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan |
Ibupejabat | Pangkalan Tentera Udara Scott, Illinois, A.S. |
Moto | Together, We Deliver. |
Warna | Ungu |
Komander | |
Panglima | Jeneral Jacqueline Van Ovost, USAF |
Timbalan Panglima | Leftenan Jeneral John P. Sullivan, USA |
Markas Pemerintahan Pengangkutan Amerika Syarikat (USTRANSCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pemerintahan ini terletak di Pangkalan Tentera Udara Scott, Illinois, dan telah ditubuhkan pada tahun 1987.
Markas ini adalah pengurus tunggal sistem pengangkutan pertahanan global Amerika Syarikat. USTRANSCOM ditugaskan dengan penyelarasan aset-aset manusia dan pengangkutan bagi membolehkan pihak AS meluncurkan pasukan tentera dan mengekalkannya, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dan selagi ia diperlukan. Pegawai memerintah USTRANSCOM ialah Jeneral tentera darat Stephen R. Lyons, panglima pertama yang bukan dari pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search